• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tentukan Hubungan Dengan Bersatu Esok, Muhyiddin Harap Kerjasama Kekal

oleh Mynewshub
07/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PAS Tentukan Hubungan Dengan Bersatu Esok, Muhyiddin Harap Kerjasama Kekal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS dijangka membuat keputusan berhubung hubungan politiknya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu yang akan berlangsung esok.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara tersebut akan dibincangkan secara terperinci susulan pertimbangan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS.

“Kita akan berbincang dan membuat keputusan, khususnya mengenai hubungan PAS dengan Bersatu, dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS esok,” katanya dalam sidang media di Marang pada Jumaat.

Menurut beliau, Majlis Syura Ulama telah memutuskan untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS bagi membuat keputusan muktamad serta mengumumkan hala tuju seterusnya.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut dijangka membincangkan jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta logo yang akan digunakan parti itu.

Pada Mei lalu, Hadi mengumumkan bahawa PAS akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu selepas mendakwa terdapat tindakan yang bercanggah dengan semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional (PN)

Antara isu yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa Bersatu menghalang kemasukan parti-parti Melayu-Islam ke dalam gabungan pembangkang tersebut.

Sementara itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, memaklumkan beliau telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS bertarikh 6 Jun 2026 berhubung hubungan antara kedua-dua parti serta beberapa cadangan bagi memperkukuhkan PN.

“Saya akan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap cadangan-cadangan tersebut dan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk diteliti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa Bersatu kekal beriltizam untuk memelihara hubungan baik dengan PAS dalam PN.

“Bersatu mengulangi tekad dan iltizam kami untuk terus memelihara hubungan baik dengan PAS dalam Perikatan Nasional,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: BERSATUhubunganPASTan Sri Abdul Hadi AwangTan Sri Muhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘BN Johor Asal Dan Ori’ – Facebook Najib Razak

‘BN Johor Asal Dan Ori’ – Facebook Najib Razak

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Najib Razak menyeru pengundi Johor tidak terpedaya dengan propaganda 'Undi UMNO-BN di Johor dapat DAP-PH'...

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggambarkan meninggalkan parti itu seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam satu pendekatan politik berbahaya kepada demokrasi dan keharmonian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd