• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

oleh Mynewshub
06/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam amat melucukan dan menghiburkan rakyat Malaysia.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Ahmad Zahid bahawa ‘ruang rundingan masih terbuka’ di Negeri Sembilan adalah satu cubaan politik menyelamatkan diri.

Beliau menegaskan, keputusan PH untuk bertanding di kesemua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan adalah muktamad, berprinsip, dan demi maruah rakyat.

“Sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan, di manakah suara ‘rundingan’ dan ‘semangat Kerajaan Perpaduan’ yang dilaungkan oleh BN?

​”Hipokrasi Politik: Di Johor Solo, Di Negeri Sembilan Mahu Berunding?,” sindirnya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Media semalam melaporkan Ahmad Zahid berkata, BN masih membuka ruang rundingan bersama rakan-rakan parti berhubung agihan kerusi bagi PRN Negeri Sembilan.

Timbalan Perdana Menteri itu dipetik berkata, walaupun PH menyatakan akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN, BN tidak menutup pintu perbincangan.

Dalam pada itu, Mahfuz mendakwa desakan mengadakan PRN ‘ditiup’ oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu krisis itu diselesaikan di peti undi.

“Kini, apabila PH menyahut cabaran tersebut dengan membubarkan DUN secara rasmi hari ini, mengapa BN pula yang kelihatan cemas dan cuba menahan brek politik?

​”Janganlah hari ini berpura-pura menjadi ‘bomba’. Nasi sudah menjadi bubur. Ruang rundingan telah lama ditutup oleh keangkuhan BN,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mahfuz Omar

Tags: AmanahDatuk Mahfuz OmarDatuk Seri Ahmad Zahid HamidiKenyataanMelucukanNegeri Sembilanpakatan harapanParti Amanah NegaraPHPresiden UMNOPRNRundinganSudah terhantuktutup
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Bukan Kerajaan Perpaduan – Exco Pemuda Amanah

Kerajaan Johor Bukan Kerajaan Perpaduan – Exco Pemuda Amanah

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan mengapa Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor perlu dibubarkan Fadhli Umar...

Tarikh PRN Johor Akan Diketahui Jumaat Depan

Tarikh PRN Johor Akan Diketahui Jumaat Depan

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima notis rasmi pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) Ke-15 daripada Speaker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd