• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muafakat Nasional (MN) 2.0 UMNO-PAS Tanpa Bersatu?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Muafakat Nasional (MN) 2.0 UMNO-PAS Tanpa Bersatu?
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan membayangkan kerjasama UMNO dan PAS tanpa parti Bersatu bagi menjayakan pembentukan Muafakat Nasional (MN) 2.0

Menurut beliau, melalui formula itu, kerusi yang pernah ditandingi atau dimenangi oleh Bersatu dalam pilihan raya sebelum ini boleh ditandingi oleh UMNO.

“Kerusi-kerusi yang dimenangi Bersatu bolehlah diberikan kepada UMNO untuk bertanding kerana wujudnya Bersatu untuk menggantikan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, beliau melahirkan keyakinan PAS tidak akan meminta separuh daripada jumlah kerusi dipertandingkan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan apabila bersama MN 2.0.

Menurutnya, tidak mungkin PAS akan meminta demikian memandangkan PAS ketika ini hanya memiliki satu kerusi di Johor, Melaka tiada kerusi dan di Negeri Sembilan tiga kerusi.

Bagaimanapun, katanya, bagi pihak UMNO-BN pula berpeluang ‘barter trade’ untuk kerusi-kerusi Bersatu di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

“Kelantan sekurang-kurangnya UMNO boleh dapat lima kerusi Bersatu, kekalkan dua kerusi asal BN dan rampas Kota Lama daripada Amanah menjadikannya lapan kerusi dimenangi BN.

“Di Terengganu ada lima kerusi Bersatu yang boleh diberikan kepada UMNO. Jadi, tak timbul soal “nak ke PAS bagi kerusi dekat UMNO dekat SG4?” Semua boleh bincang.

“Formula dia mudah saja, Melayu berpecah, DAP dan puak liberal berkuasa. Shah Alam bersedia untuk gabungan BN-PAS,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Azrul Abu Hasan

Tags: Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah AlamAzrul Abu HasankerusiMN 2.0muafakat nasionalTanpa BersatuUMNO-PAS
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd