• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh PRN Johor Akan Diketahui Jumaat Depan

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tarikh PRN Johor Akan Diketahui Jumaat Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima notis rasmi pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) Ke-15 daripada Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi pada 2 Jun lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 23(2) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Menurutnya, berdasarkan Fasal 23(4) Bahagian Kedua undang-undang yang sama, satu Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan PRN Johor Ke-16 pada 12 Jun 2026,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari pengundian.

Selain itu, mesyuarat tersebut turut akan menentukan daftar pemilih yang akan digunakan serta membincangkan pelbagai persiapan lain bagi memastikan perjalanan pilihan raya berlangsung dengan lancar.

Kata beliau, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut bagi mengumumkan keputusan dan ketetapan yang dipersetujui. – MYNEWSHUB

Tags: 12 JunJohorMesyuaratPRNSPRSuruhanjaya Pilihan RayaTarikh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Undi Pos PRN Johor Dibuka Bermula Hari Ini

Permohonan Undi Pos PRN Johor Dibuka Bermula Hari Ini

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri...

DAP Umum Bertanding Lebih Banyak Kerusi Dalam PRN Johor

DAP Umum Bertanding Lebih Banyak Kerusi Dalam PRN Johor

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP akan mempertahankan semua kerusi penyandang di Johor dan Negeri Sembilan dan bertanding di beberapa kerusi tambahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd