• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sekarang Dah Raja, Tumpukan Taat Setia” – Rais Yatim

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Sekarang Dah Raja, Tumpukan Taat Setia” – Rais Yatim
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tokoh Budaya dan Adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim menyeru semua pihak memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar.

Beliau mendakwa majlis pemasyhuran yang berlangsung hari ini dilaksanakan mengikut lunas adat dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan selain berkait rapat dengan keputusan pemilihan oleh Undang Yang Empat pada 19 April lalu.

“Semua yang hadir hari ini telah mendoakan kesejahteraan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

“Selepas ini, Duli Yang Maha Mulia Tunku Nadzaruddin bebas melaksanakan segala urusan dan tanggungjawab kedirajaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemasyhuran di sini hari ini.

Rais berkata, segala proses berkaitan pelantikan telah berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Polis telah menjalankan tugas mereka dan kami juga telah melaksanakan tugas kami. Peraturan undang-undang menurut Perlembagaan telah dilakukan, manakala peraturan adat juga telah dipatuhi.

“Peguam telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan para penasihat turut berada di tempat yang sesuai mengikut kehendak undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan masih terdapat persoalan undang-undang yang perlu diperhalusi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang diumumkan sebelum ini.

Menurutnya, perkara itu boleh dipersoalkan kerana Tunku Nadzaruddin telah pun dipilih sebagai Yang di-Pertuan Besar oleh Undang Yang Empat pada 19 April lalu.

“Atas sebab itu, pengesahan bahawa DUN telah dibubarkan boleh dipersoalkan dan ia merupakan satu persoalan yang besar.

“Saya berharap para pemikir dan pakar undang-undang memberikan perhatian kepada perkara ini,” katanya.

Beliau turut merujuk kepada Perkara 28 Perlembagaan Negeri Sembilan yang menurutnya melibatkan peranan Raja dan Undang, sambil mendakwa proses konsultasi dengan Undang tidak berlaku ketika keputusan pembubaran DUN dibuat.

Mengulas mengenai kedudukan Tunku Nadzaruddin selepas pemasyhuran hari ini, Rais menegaskan bahawa baginda kini adalah Raja yang sah mengikut adat dan undang-undang Negeri Sembilan.

“Bahasanya ialah pemasyhuran. Itu adalah adat-adat lain yang akan dipertemukan dan dilaksanakan. Sekarang dah Raja,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: RajaTaat setiaTan Sri Rais YatimTunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afarYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tetap mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Perdana Menteri, Datuk...

Tunku Nadzaruddin Ditabalkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12?

Tunku Nadzaruddin Ditabalkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12?

05/06/2026
0

MELAKA – Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd