• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kembali Disegani, Kepimpinan PM Anwar Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Kembali Disegani, Kepimpinan PM Anwar Dapat Pengiktirafan Antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia kembali disegani dunia di bawah kepimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, kepimpinan Anwar semakin mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Malaysia terus memperluaskan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan pelbagai kuasa ekonomi dunia termasuk BRICS.

“Negara berjaya menarik pelaburan strategik bernilai berbilion ringgit dalam sektor berteknologi tinggi.

“Komitmen Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin mendapat perhatian masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran bertajuk Apa Yang Telah Berubah di Bawah Kepimpinan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani?

Terdahulu, Aiman Athirah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ekonomi negara semakin kukuh di bawah pimpinan Anwar.

Menurut beliau, gaji penjawat awam dan gaji minimum sektor swasta dinaikkan, nilai ringgit semakin kukuh, manakala pertumbuhan ekonomi Malaysia antara yang terbaik.

Tambah beliau, pelaburan yang diluluskan pula mencatat rekod tertinggi dalam sejarah negara, kadar inflasi kekal rendah dan terkawal, serta kadar pengangguran terus menurun.

Katanya, rizab antarabangsa negara juga kukuh, manakala kedudukan fiskal negara semakin stabil melalui pengurusan kewangan yang lebih berhemah.

“Kutipan hasil kerajaan dan hasil cukai negara meningkat. Malaysia menarik pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor semikonduktor, pusat data, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.

“Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditambah baik dengan peruntukan dan kadar bantuan yang lebih tinggi berbanding era BR1M.

“Agenda membanteras rasuah dan salah guna kuasa diperkasakan tanpa mengira kedudukan atau pengaruh,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Madani turut memberi tumpuan kepada reformasi sektor perumahan dan kesejahteraan bandar.

Memperkukuh sektor pertanian serta jaminan bekalan makanan negara, di samping meningkatkan mutu pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Aiman Athirah turut menegaskan bahawa kerajaan komited meneruskan agenda reformasi institusi dan tatakelola. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Aiman Athirah Sabu

Tags: AmanahDatuk Aiman Athirah SabuDatuk Seri Anwar IbrahimKerajaan MadaniKetua Wanita Parti Amanah NegaraMalaysia Kembali Diseganimenteri kewanganPengiktirafan AntarabangsaPerdana Menteri
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melahirkan kebimbangan pengurangan hukuman, pembayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd