• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

oleh Mynewshub
03/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini secara terbuka menyeru kepada pembentukan gagasan politik Muafakat Nasional 2.0 khususnya melibatkan PAS dan UMNO bagi memperkukuhkan kembali kesatuan politik Melayu-Islam di negara ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata perpecahan dalam kalangan parti-parti politik Melayu serta kegagalan menyatukan kekuatan politik Melayu telah memberi kesan besar kepada landskap politik negara ketika ini.

“Hal ini seharusnya membuka mata pemimpin utama politik Melayu, khususnya PAS dan UMNO, untuk segera bertindak sebelum nasi menjadi bubur,” katanya.

Menurut beliau, usaha penyatuan itu perlu disegerakan bermula dengan mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan seterusnya diperkukuhkan bagi menghadapi cabaran politik pada masa hadapan.

Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa parti-parti politik Melayu pernah bersatu demi kepentingan negara dan rakyat.

“Kita pernah menyaksikannya selepas peristiwa 13 Mei apabila Barisan Nasional (BN) ditubuhkan. Muafakat Nasional pula lahir daripada kebimbangan terhadap beberapa dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu yang dilihat boleh menghakis keamanan serta keharmonian rakyat Malaysia.

“Kini sudah sampai masanya gagasan Muafakat Nasional 2.0 dijayakan,” katanya.

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa beberapa isu utama yang memberi kesan kepada orang Melayu dan umat Islam perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

Antara isu yang dibangkitkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), bantahan terhadap titah Raja-Raja Melayu, penukaran status tanah di kawasan majoriti bukan Melayu, usaha mencabar enakmen syariah negeri-negeri serta pelbagai isu lain yang menurut beliau menyentuh kedudukan Islam dan kuasa politik Melayu di Malaysia.

“PAS amat mengharapkan semua parti utama, khususnya parti-parti Melayu di negara ini berfikir secara serius, berlapang dada, mengenepikan perbezaan serta meletakkan masa depan bangsa dan ummah sebagai keutamaan.

“Insya-Allah, apabila Melayu-Islam bersatu, kita akan menjadi kuat dan mampu melindungi hak semua pihak,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijangka diikuti oleh beberapa negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak yang semakin menghampiri penghujung penggal pentadbiran.

Beliau berpandangan siri pilihan
raya negeri yang bakal berlangsung berpotensi mengembalikan kekuatan politik Melayu-Islam serta memperkukuhkan kedudukan politik Bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tuan Ibrahim Tuan Man

Tags: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan MankerjasamaMuafakat Nasional 2.0PASTimbalan Presiden PASUMNO
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

Kerjasama BN-PN Sangat Baik, Mampu Bertahan Lama Demi Selamatkan Negara

Kerjasama BN-PN Sangat Baik, Mampu Bertahan Lama Demi Selamatkan Negara

24/07/2026
0

SEREMBAN – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd