• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

oleh Mynewshub
01/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah, Rukun Negara merupakan aku janji dan ikrar warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat.

“Saya menyeru kepada semua pihak menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.

“Jika ada mana-mana rakyat malaysia tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, saya menasihati agar dia tidak layak di gelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Sultan Ibrahim seterusnya bertitah semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sejarah hitam negara iaitu peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Titah baginda, sejarah hitam itu tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini.

“Peristiwa ini telah meruntuhkan perpaduan rakyat dan menghancurkan kestabilan negara. Jangan sampai pisang berbuah dua kali,” titah Sultan Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, setiap rakyat perlu bersatu hati, bertolak ansur dan saling hormat menghormati serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

“Perpaduan adalah asas kekuatan negara yang menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara,” titah Seri Paduka Baginda. – MYNEWSHUB

 

Tags: kewarganegaraanrakyat Malaysiarukun negaraSultan IbrahimYang di-Pertuan Agong
Share218Tweet136SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Titah Kerajaan Johor Jalankan Amanah Dengan Penuh Tanggungjawab

Sultan Ibrahim Titah Kerajaan Johor Jalankan Amanah Dengan Penuh Tanggungjawab

15/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini hari...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Zahid, Onn Hafiz

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Zahid, Onn Hafiz

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd