JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan tahniah dan sembah takzim kepada Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.
Ucapan tersebut dimuat naik di media sosial rasmi baginda dengan lafaz penuh hormat “Daulat Tuanku” serta doa “Allah Peliharakan Sultan” kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dalam titah tersebut, Tunku Mahkota Ismail turut merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda atas sambutan hari keputeraan rasmi tersebut.
Sementara itu, kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menyampaikan sembah takzim dan ucapan tahniah kepada Seri Paduka Baginda menerusi kenyataan di media sosial.
“Dirgahayu Tuanku. Sembah takzim daripada kami para pemain, pihak pengurusan, pegawai serta penyokong Johor Darul Ta’zim FC. Allah Peliharakan Sultan,” menurut kenyataan itu. – MYNEWSHUB


