• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

oleh Mynewshub
31/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia menyampaikan pendirian tegas kepada Norway berhubung pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang menjejaskan perolehan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu disuarakan secara terus kepada Menteri Pertahanan Norway, Tore O. Sandvik dalam pertemuan sempena hari terakhir Shangri-La Dialogue 2026.

Menurut beliau, Malaysia melahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap keputusan Norway membatalkan lesen eksport NSM yang telah dipersetujui sebelum ini.

Katanya, walaupun kerajaan Norway telah mengemukakan permohonan maaf dan menjelaskan sebab di sebalik keputusan tersebut, cara isu itu dikendalikan tidak mencerminkan semangat persahabatan antara dua negara yang telah lama menjalin hubungan rapat.

“Kontrak telah ditandatangani sejak tahun 2018 dan penghantaran dijadualkan pada tahun 2026. Namun Malaysia hanya dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut pada saat akhir dan keputusan itu dibuat secara unilateral,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Mohamed Khaled turut menegaskan bahawa sehingga kini masih belum ada usaha yang memadai untuk membantu Malaysia mendapatkan semula bayaran yang telah dibuat bagi perolehan berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya Norway benar-benar menghargai hubungan persahabatan yang terjalin, negara itu sepatutnya mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu pembayaran balik memandangkan pembatalan lesen eksport tersebut berpunca daripada keputusan kerajaan Norway sendiri.

Dalam pertemuan itu, Sandvik memaklumkan bahawa perkara berkenaan akan dibawa kepada perhatian kerajaan Norway untuk pertimbangan lanjut.

Menurut Mohamed Khaled, Malaysia akan terus meneliti perkembangan seterusnya, namun episod tersebut telah meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan kedua-dua negara.

Beliau berkata, insiden itu juga menjadi pengajaran penting dalam menilai kebolehpercayaan rakan strategik pada masa hadapan.

Pada masa sama, katanya, Malaysia telah memulakan tindakan perundangan terhadap syarikat yang terlibat bagi melindungi kepentingan negara serta memastikan hak Malaysia terus dipertahankan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khaled Nordin

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordinmenteri pertahananNaval Strike MissileNorwayNSMpermohonan maafTindakan Perundangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd