• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Takpe, Saya Tahu Tempat Saya” – ADUN DAP Marina Ibrahim

oleh Mynewshub
31/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Takpe, Saya Tahu Tempat Saya” – ADUN DAP Marina Ibrahim
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Marina Ibrahim mengenai keputusan beliau untuk tidak bertanding dan berundur daripada arena politik mencetuskan tanda tanya.

Dalam satu kenyataan, Marina mengumumkan keputusan itu selepas empat tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat sambil menyatakan hasrat untuk kembali kepada kerja-kerja kemasyarakatan di lapangan.

Namun, perhatian ramai turut terarah kepada satu ayat ringkas yang diselitkan dalam penjelasannya:

“Kalau ada yang cakap pengaruh dalam parti lebih penting dari kuat kerja. Takpe, saya tahu tempat saya”

Kenyataan itu menimbulkan spekulasi mengenai kemungkinan wujud isu dalaman parti yang mempengaruhi keputusan beliau untuk berundur.

Dalam kenyataan tersebut, Marina menjelaskan keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan sukarelawan dan rakan kerja yang rapat dengannya sepanjang tempoh perkhidmatan.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadirannya dalam politik sebelum ini adalah berasaskan niat untuk berkhidmat kepada masyarakat, meskipun mengakui berdepan kekurangan dan keterbatasan sepanjang tempoh berkhidmat.

“Saya hadir bukan dengan kekuatan yang besar, bukan juga dengan pasukan yang lengkap. Namun saya hadir dengan niat yang ikhlas,” katanya.

Marina juga merakamkan penghargaan kepada penyokong dan pasukan yang banyak membantu sepanjang beliau menjadi wakil rakyat, selain memohon maaf atas sebarang kekurangan dalam menjalankan amanah.

Walaupun mengumumkan pengunduran daripada politik elektoral, beliau menegaskan akan terus berkhidmat kepada masyarakat dalam apa jua kapasiti yang mampu dilakukan.

“Saya percaya setiap pertemuan mempunyai hikmah dan setiap perjalanan mempunyai pengakhirannya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Marina Binti Ibrahim

Tags: adunAhli Dewan Undangan NegeriDDAPDUNMarina IbrahimSkudaiTidak Bertanding
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendakwa DAP 'tidak Melayu' sambil mengingatkan tentang dokumen...

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan jentera Pakatan Harapan (PH) termasuk daripada DAP tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd