• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

oleh Mynewshub
30/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji Malaysia yang disifatkan bertaraf dunia apabila khemah penginapan di Mina ditinggalkan dalam keadaan bersih serta kemas selepas selesai urusan di Masyair.

Menurut beliau, budaya menjaga kebersihan dan ketertiban yang ditunjukkan oleh jemaah haji Malaysia menjadi kebanggaan negara serta mencerminkan imej positif rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Jemaah Haji Malaysia sememangnya mendunia. Kita sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut berkongsi gambar-gambar keadaan di Mina yang menunjukkan khemah penginapan jemaah Malaysia ditinggalkan dalam keadaan teratur dan bersih selepas berakhirnya ibadah di kawasan tersebut.

Katanya, amalan positif itu bukan sahaja mencerminkan nilai murni yang diterapkan dalam kalangan jemaah, malah berpotensi menjadi contoh dan rujukan kepada negara lain.

Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jemaah haji Malaysia serta petugas yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan urusan ibadah haji berjalan lancar dan teratur.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Haji Malaysia dan semua petugas. Malaysia terus mendunia,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Bersihjemaah hajikhemahMalaysiaMinaTeratur
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Malaysia Harus Sasar Jadi Mini-Korea, Mini-Taiwan – Timbalan Menteri Kewangan

Malaysia Harus Sasar Jadi Mini-Korea, Mini-Taiwan – Timbalan Menteri Kewangan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia harus menyasarkan untuk menjadi Mini-Korea atau Mini-Taiwan dalam bidang teknologi dengan menghimpunkan modal, pekerja dan syarikat....

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd