• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Pulang Dengan Penuh Keyakinan Masa Depan Sabah Amat Cerah”

oleh Mynewshub
30/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Pulang Dengan Penuh Keyakinan Masa Depan Sabah Amat Cerah”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Sabah atas sambutan amat mesra yang beliau terima hari ini.

Menurut Anwar, hari ini merupakan kali ketiga beliau menghadiri majlis perasmian Pesta Kaamatan di Sabah sebagai Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan perayaan itu lebih daripada sekadar sambutan tradisi, tetapi kekuatan sebuah negara yang mampu memelihara keharmonian dalam kepelbagaian.

“Hari ini saya ke Penampang, Sabah untuk meraikan Pesta Kaamatan bersama rakyat pelbagai suku kaum khususnya Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus. Terhibur dengan sambutan yang begitu meriah.

“Penghargaan setulusnya buat seluruh rakyat Sabah atas sambutan yang begitu mesra dan bermakna. Saya pulang dari Penampang dengan penuh keyakinan terhadap masa depan Sabah yang amat cerah.

“Seiring ikhtiar Kerajaan Madani untuk memastikan kemajuan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Perdana Menteri berkata, Sabah hari ini semakin menyerlah sebagai antara pemacu penting pertumbuhan negara dan berpotensi besar dalam membina masa depan Malaysia.

Katanya, beliau memahami sentimen rakyat Sabah yang mahukan pembangunan yang lebih adil dan hak-hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dipelihara.

Kerana itu, katanya, beliau tegaskan sekali lagi tekad Kerajaan Madani untuk melaksanakan Pemberian Khas Sabah berasaskan 40 peratus hasil seperti yang diperuntukkan dalam MA63.

Ujarnya, sementara kadar baharu dimuktamadkan bersama kerajaan Sabah, beliau mengumumkan peningkatan Pemberian Khas Interim Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.

“Peningkatan hampir RM1 bilion ini adalah kesungguhan Kerajaan Madani untuk memastikan Sabah menerima layanan yang adil serta manfaat pembangunan yang sewajarnya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: CerahDatuk Seri Anwar Ibrahimmasa depanPenampangPerdana MenteriPesta KaamatanSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak...

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd