KUALA LUMPUR – Pengamal undang-undang, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir mempersoalkan sama ada minuman keras dihidangkan pada satu acara membabitkan Majlis Peguam (Bar Council) Selangor.
Menurut beliau, rakaman video acara itu yang di muat naik di media sosial mencemarkan dan menjatuhkan imej serta maruah profesion guaman di mata orang awam.
“Saya tak rasa video sebegini sesuai ditayang di media sosial. Ianya secara tak langsung mencemarkan dan/atau menjatuhkan imej dan maruah profesion di mata orang awam.
“Moga Allah ampunkan dosa saya dan dosa semua umat Islam,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Muhammad Nazrul berkata, beliau sebagai ahli ‘Selangor Bar’ wajar bertanya adakah wang yang firma guaman beliau bayar untuk ‘Subscription Fee’ setiap tahun turut digunakan untuk hidangan minuman keras itu.
“Jika ya, saya tak redha dan halalkan walau sesen pun duit yang saya bayar digunakan untuk tujuan tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nazrul Nazir


