• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk budaya ilmu dalam kalangan generasi muda.

Menurut beliau, budaya membaca kini semakin terhakis apabila ramai lebih gemar mendapatkan maklumat ringkas melalui media sosial berbanding membaca bahan ilmiah.

“Budaya membaca ini menjadi masalah dalam dunia moden. Paling ramai orang sekarang telah hilang minat membaca kerana hanya membaca media sosial,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 hari ini.

Anwar berkata, isu-isu kompleks tidak boleh difahami hanya melalui hantaran pendek di media sosial yang sering dipenuhi kecaman dan penolakan tanpa pemahaman mendalam.

“Menjawab permasalahan yang kompleks dalam 20 perkataan, mencerca orang, menolak dasar negara hanya dengan 40 perkataan, ini bahaya dan merugikan. Ini bukan pendidikan, ini bukan tradisi ilmu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa memantau anak-anak serta memastikan mereka meluangkan masa membaca setiap malam.

“Saya gesa ibu bapa pantau anak-anak dan pastikan mulai malam ini dan malam berikutnya membaca,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Anwar turut meluahkan keyakinan terhadap potensi besar golongan muda sekiranya budaya membaca dapat diterapkan sejak kecil.

Beliau berkata, walaupun hanya setengah jam membaca setiap malam, ia sudah cukup memberi kesan positif kepada perkembangan ilmu dan pemikiran anak-anak.

“Bayangkan dalam 10 tahun kita ada generasi baharu yang minat membaca itu meluas sekali,” katanya.

Menurut beliau, usaha membina masyarakat berilmu merupakan antara keistimewaan dalam kerangka Malaysia Madani. – MYNEWSHUB

 

Tags: Budaya Membaca BukuDatuk Seri Anwar Ibrahimibu bapamedia sosialPerdana MenteriPesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd