• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Semua Harus Waras Dan Bijak, Kurangkan Kos Yang Mana Perlu” – PM Anwar

oleh Mynewshub
29/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Semua Harus Waras Dan Bijak, Kurangkan Kos Yang Mana Perlu” – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran kerajaan harus bijak dan waras dalam mengenal pasti keutamaan perbelanjaan susulan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.

Menurut beliau, prestasi ekonomi Malaysia tahun lalu dan suku pertama tahun ini mencatatkan kemajuan membanggakan serta antara yang terbaik di ASEAN dan Asia, tetapi negara tidak boleh leka.

“Dampak daripada serangan itu menyebabkan masalah ekonomi kita juga terjejas. Jadi jangan kita ambil sikap sambil lewa atau remehkan.

“Rayulah bagaimanapun mesti ada pengurangan belanjawan kerana mustahil dalam RM20 bilion yang tak boleh dijimatkan. Banyak bidang-bidang boleh dijimatkan,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 hari ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua menteri, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan supaya memahami situasi ekonomi semasa dan tidak melihat isu hanya dari sudut kementerian masing-masing.

Katanya, semua sektor termasuk perpaduan, budaya, sukan, sains dan teknologi adalah penting, namun setiap pihak perlu memahami kedudukan ekonomi makro negara secara menyeluruh.

“Ekonomi makro ini maknanya tidak lihat hanya dari segi satu sudut, lihat dari keseluruhannya. Semua terkesan.

“Kalau ada keperluan semua memerlukan peruntukan tambahan, tetapi dalam keadaan sekarang semua harus waras dan bijak, tahu masalah, perbaiki, ambil kesempatan dalam lompongan kelemahan-kelemahan ini, perbaiki dan kurangkan kos yang mana perlu,” katanya.

Anwar bagaimanapun memberi jaminan tumpuan kerajaan terhadap mutu pendidikan, kemudahan asas pendidikan di sekolah atau universiti akan diteruskan tanpa gangguan.

Beliau berkata, semua pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan serta mahasiswa universiti awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi malah akan tetap menerima bantuan tunai RM100 seorang.

“Saya tekankan keupayaan kita hanya sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan dan universiti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: bijakDatuk Seri Anwar IbrahimKurangkan KosperbelanjaanPerdana MenteriperuntukanPesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026Waras
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

22/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana masih ada pihak tidak mengetahui perbuatan sakau yang...

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak  RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

22/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd