• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ada Yang Siap Takbir Raya Lepas Solat Jenazah Sebelum Berdoa”

oleh Mynewshub
29/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Ada Yang Siap Takbir Raya Lepas Solat Jenazah Sebelum Berdoa”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim menegur amalan melengah-lengahkan pengurusan jenazah dengan melakukan wirid, doa dan amalan sunat yang panjang sebelum jenazah disempurnakan.

Menurut beliau, jenazah orang mukmin perlu segera diuruskan dan disolatkan sebaik sahaja selesai solat fardu di masjid kerana ia merupakan tuntutan fardu kifayah.

Katanya, terdapat keadaan di mana imam melakukan wirid dan doa yang panjang serta menunaikan solat sunat ba’diyyah terlebih dahulu sebelum solat jenazah dilaksanakan.

“Bila imam wirid panjang, disusuli pula dengan doa panjang kemudian solat sunat ba’diyyah, ia menunjukkan kita kurang fakih dalam meletakkan awlawiyyat amalan.

“Wirid ialah sunat, solat sunat ba’diyyah juga sunat sementara jenazah yang menunggu disolatkan ialah tuntutan fardu kifayah,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Beliau turut menyentuh situasi yang berlaku pada hari tasyrik apabila ada individu yang melaungkan takbir raya selepas solat jenazah sebelum berdoa, selain terdapat juga amalan tahlil dilakukan sejurus selepas solat jenazah.

“Ada yang siap takbir raya lepas solat jenazah sebelum berdoa. Ada juga yang buat tahlil lepas solat jenazah. Mungkin mereka ada dalil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjadikan cara Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengimamkan solat jenazah sebagai contoh keutamaan menyegerakan pengurusan
jenazah.

Menurutnya, sebaik sahaja selesai memberi salam dalam solat jenazah, jenazah terus diusung tanpa doa tambahan kerana solat jenazah itu sendiri sudah mengandungi doa untuk si mati.

“Jenazah perlu segera dikebumikan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pandangannya itu sekadar perbincangan ilmiah berdasarkan pemerhatian dalam masyarakat dan berharap orang ramai tidak berbalah disebabkan perbezaan amalan. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Dr Azman Ibrahim

Tags: Datuk Dr Azman IbrahimExco PertanianIndustri Asas TaniKeterjaminan Makanan dan Komoditi TerengganuPengurusan JenazahTakbir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita Dapat Sambutan

24/09/2018
0

PORT DICKSON - Masalah kekurangan pengurus jenazah wanita berkebolehan mendorong jawatankuasa Surau Al Hijrah, Bandar Springhill, di sini, menganjurkan Kursus...

Kagum! Wanita Ini Buat 2 Kerja, Peguam Dan..

07/03/2017
0

DALAM era kos sara hidup semakin meningkat, memang ada kalanya menyebabkan segelintir individu terpaksa melakukan dua pekerjaan bagi menampung kehidupan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd