• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

oleh Mynewshub
29/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing pada malam raya Aidiladha baru-baru ini.

Pengarahnya, Dr. Mohtar Pungut@Ahmad berkata, salah seorang doktor terbabit bertugas di Zon Merah dan Zon Kuning, manakala seorang lagi doktor bertugas di Zon Hijau.

“Pengadu didapati telah membawa anak beliau ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing pukul 1:45 pagi dengan aduan sakit selepas berkhatan empat hari sebelumnya.

“Pesakit telah berjumpa petugas kesihatan di kaunter triage dan ditriagekan sebagai pesakit Zon Hijau,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, pihak Hospital Mersing telah mengenal pasti isu tular tersebut adalah akibat kelemahan aspek komunikasi dalam kalangan petugas hospital berkenaan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengambil serius berkenaan isu yang berlaku dan mengarahkan siasatan lanjut dijalankan.

Kata beliau, siasatan itu agar tindakan penambahbaikan yang bersesuaian dapat diambil dalam memastikan penyampaian
perkhidmatan kesihatan dapat dipertingkatkan demi kesejahteraan pesakit.

Mynewshub sebelum ini melaporkan hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital kerajaan pada malam raya Aidiladha.

Menerusi perkongsian itu, Faridah mendakwa terpaksa menunggu hampir tiga jam bersama anaknya yang menahan kesakitan, namun doktor yang dikatakan bertugas secara “on call” tidak muncul.

Menurutnya, beliau tiba di hospital tersebut sekitar pukul 1.40 pagi sebelum mendaftarkan anaknya untuk rawatan kecemasan, namun selepas menunggu sehingga pukul 4 pagi, doktor masih belum hadir menyebabkan beliau mengambil keputusan pulang. – MYNEWSHUB

 

Tags: Anak SakitBerkhatanDr. Mohtar Pungut@AhmadHospital MersingIsu tularJabatan Kesihatan Negeri JohorUnit Kecemasan dan TraumaWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd