• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

oleh Mynewshub
28/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri yang dibentuk bersama Barisan Nasional (BN)

Menurut beliau, DAP boleh menarik balik sokongan kepada kerajaan Melaka, Perak dan Pahang supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh diadakan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Jangan cakap sahaja di media sosial, buktikan syor DAPSY supaya Parlimen dibubarkan segera disambut oleh pemimpin kalian. Bukan setakat bubar Parlimen sahaja, malah tarik juga sokongan daripada kerajaan negeri yang dibentuk bersama BN hari ini.

“Tarik sokongan di Perak. Tarik sokongan di Pahang. Kita lawan secara ‘gentleman’ dan serah kembali mandat kepada rakyat.

“Tidak perlulah meroyan apabila UMNO Johor bercakap soal bergerak solo. Sejak awal tidak pernah wujud sebarang perjanjian bahawa BN wajib menghadapi PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU) bersama Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Akmal berkata, DAPSY mungkin terlupa bahawa tanpa sokongan BN, belum tentu DAP mampu membentuk kerajaan hari ini apabila menuduh UMNO sebagai ‘kacang lupakan kulit’.

“Saya ingatkan sekali lagi, kerajaan yang dibentuk hari ini demi kestabilan negara atas titah Yang di-Pertuan Agong ketika tiada gabungan mempunyai majoriti mudah.

“Itu pun hari ini ada geng kamu yang kurang ajar mengatakan titah Tuanku Sultan tidak perlu dituruti apabila sudah berkuasa,” katanya.

Justeru, beliau meminta DAPSY tidak menggelabah dengan keputusan UMNO bertanding solo kerana itu juga cadangan Pemuda UMNO kepada pemimpin sejak tahun lepas.

Kata beliau, pemimpin UMNO mendengar suara Pemuda UMNO dan langkah itu akan dimulakan di Johor.

“Tetapi tidak tahulah kalau pemimpin DAP mendengar atau tidak suara DAPSY, jangan jadi seperti ‘anjing menyalak bukit’ sahaja. Kita cabar pemimpin DAP untuk keluar kerajaan Melaka sehingga hari ini pun tidak berani.

“Sekurang-kurangnya aku berani hantar surat peletakan jawatan, bukan satu tetapi dua surat telah dihantar. Kamu? Sembang sahaja. Kalau benar mahu menguji kekuatan, kita buka gelanggang. ‘Bring it on’,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: Anjing Menyalak BukitDAPDatuk Dr Muhamad Akmal Salehkerajaan negeriKetua Pemuda UMNOtarik sokongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum...

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd