• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Serah 260 Ekor Lembu Korban Kepada Parlimen Permatang Pauh

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Serah 260 Ekor Lembu Korban Kepada Parlimen Permatang Pauh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sebanyak 260 ekor lembu korban kepada Parlimen Permatang Pauh menerusi Program Korban Madani sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Anwar berkata, agihan 260 ekor lembu korban Madani itu merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

“Aidiladha harus mengajar kita bahawa kekuatan umat dan negara tidak dibina atas kebencian dan perpecahan, tetapi melalui pengorbanan, kesatuan hati dan kesediaan memikul amanah demi rakyat serta tanah air tercinta.

“Insya-Allah, Kerajaan Madani akan terus memastikan setiap ikhtiar dan bantuan benar-benar sampai kepada rakyat dengan semangat ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras perjuangan ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menerusi hantaran di media sosial berkata, beliau mengiringi Perdana Menteri dalam majlis agihan lembu korban tersebut.

Menurutnya, negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih di atas  inisiatif Perdana Menteri tersebut yang menyemarak lagi sambutan Hari Raya Aidiladha. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim/Chow Kon Yeow

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimLembu KorbanParlimen Permatang PauhPerdana MenteriProgram Korban Madani
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd