• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Baik Harga Daging Lembu Turun 2 Peratus RM38.45 Sekilogram – Menteri Ekonomi

oleh Mynewshub
25/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Berita Baik Harga Daging Lembu Turun 2 Peratus RM38.45 Sekilogram – Menteri Ekonomi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengumumkan harga daging lembu semasa turun sebanyak dua peratus.

Beliau yang menyifatkan perkembangan itu sebagai berita baik memaklumkan harga terkini daging lembu adalah RM38.45 sekilogram.

“Saya tahu ada antara kita yang mengeluh tentang harga barang. Kerajaan terus memantau pergerakan harga setiap minggu.

“Bagi daging lembu ada baiknya kerana harga turun sebanyak dua peratus kepada RM38.45 sekilogram,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.

Terdahulu, Menteri Ekonomi berkata, secara keseluruhan, harga barangan makanan domestik bagi minggu 18 hingga 21 Mei 2026 masih terkawal.

Menurut beliau, harga barangan makanan domestik berada dalam julat pergerakan antara negatif 2.0 peratus hingga 3.6 peratus.

Kata beliau, bagi item utama seperti ayam, purata harga semasa adalah RM9.57 sekilogram.

Bagaimanapun, katanya, bagi sawi berlaku kenaikan ketara sebanyak 3.6 peratus kepada RM7.08 sekilogram.

“Walaupun begitu, terdapat kawasan dan premis perniagaan yang menawarkan harga barangan yang lebih rendah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa golongan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan kerana kerajaan akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kepada rakyat, kita minta gunakan aplikasi PriceCatcher. Bandingkan harga. Jadilah pengguna yang bijak kerana kuasa membeli ada di tangan anda,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Akmal Nasrullah Mohd NasirDua PeratusHarga Daging LembuMenteri EkonomiRM38.45 Sekilogramturun
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

Harga Minyak Turun Kerana Jasa Rakyat Tambun Pilih Anwar Jadi Wakil Rakyat

Harga Minyak Turun Kerana Jasa Rakyat Tambun Pilih Anwar Jadi Wakil Rakyat

19/07/2026
0

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penurunan harga petrol RON95 antaranya kerana jasa rakyat Tambun memilih beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd