• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ini Bukan Sekadar Pasukan, Ini Adalah Sebuah Movement” – Tunku Mahkota Ismail Bakar Semangat JDT

oleh Mynewshub
25/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Ini Bukan Sekadar Pasukan, Ini Adalah Sebuah Movement” – Tunku Mahkota Ismail Bakar Semangat JDT
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail meniupkan semangat luar biasa kepada para pemain sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2025/2026.

Menerusi satu rakaman video, Tunku Mahkota Ismail dilihat menegaskan kepada para pemain, Harimau Selatan bukan sekadar sebuah pasukan bola sepak tetapi satu gerakan yang memberi impian kepada orang ramai.

Dalam ucapan penuh emosi di bilik persalinan, Pemangku Sultan Johor itu turut mengingatkan bahawa perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir musim ini dan peluang untuk mereka mencipta sejarah.

“Ini perlawanan terakhir musim ini. Pertama sekali, ini memang satu musim yang luar biasa. Lihat semula segala kerja keras kamu, segala kejayaan dan semua perkara yang kita lalui bersama-sama, jatuh bangun, susah senang,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismal turut menegaskan kepada para pemain JDT bahawa dunia bola sepak hanya akan mengingati aksi terakhir sesebuah pasukan.

“Tiada siapa akan ingat apa yang kita lakukan tiga bulan lalu atau sebulan lalu. Semua orang akan mengingati kamu dan pasukan dengan persembahan terakhir kamu. Itulah realiti keras dunia bola sepak,” titah baginda lagi.

Baginda seterusnya menyeru para pemain agar tidak melihat perlawanan akhir itu sebagai beban, sebaliknya peluang untuk mencapai kehebatan.

Titah baginda, kemenangan malam itu bakal meletakkan JDT sebagai pasukan pertama dalam sejarah negara memenangi Piala Malaysia empat kali berturut-turut.

“Tiada siapa pernah melakukannya. Kamu akan menjadi pasukan pertama. Jadi ingat ini, sejarah demi sejarah, pencapaian demi pencapaian,” titah Tunku Mahkota Ismail.

Pemilik JDT itu turut menekankan bahawa kekuatan sebenar JDT bukan hanya terletak pada kemenangan, tetapi kemampuan pasukan untuk bangkit setiap kali diuji.

“Kita tak berhenti. Setiap kali kita jatuh, kita bangkit semula lagi dan lagi”

Dalam ucapan sama, baginda turut menyentuh makna logo JDT di dada pemain yang menurutnya melambangkan prestasi, karakter dan prinsip.

“Penyokong datang dari seluruh negara untuk menyokong logo di dada kamu. Apa makna logo itu? Ia melambangkan prestasi dan karakter”

Selain itu, Tunku Mahkota Ismail bertitah, kejayaan JDT sejak 2013 bukan hanya tentang trofi, tetapi membina satu gerakan yang memberi inspirasi kepada generasi muda.

“Apa yang kelab ini berjaya lakukan sejak tahun 2013 adalah satu movement. Memberi peluang kepada anak-anak untuk mempunyai impian, menunjukkan karakter, nilai dan prinsip”

Baginda menjelaskan menjadi “anak jantan” bukan sekadar soal kekuatan fizikal, tetapi menjadi individu yang mampu memberi rasa selamat dan inspirasi kepada generasi muda.

“Anak jantan bukan hanya tentang kekuatan. Ia apabila anak-anak berasa selamat di sisi kamu dan boleh memiliki impian apabila melihat kamu,” titah baginda. – MYNEWSHUB

Tags: Bakar Semangatbilik persalinanJohor Darul Ta’zimPemangku Sultan JohorPemilik JDTPiala Malaysia 2025/2026Tunku Mahkota Ismailucapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd