• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

oleh Mynewshub
25/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80 peratus pelajarnya sudah mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, berdasarkan fakta tersebut maka perkara itu tidak perlu dikecohkan lagi.

“Kalau dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, takyahlah iktiraf UEC. SPM dah mencukupi. Yang 20 peratus tu memang tak nak ambil SPM mungkin tak nak lanjut pengajian atau nak belajar luar negeri. Apa nak kecoh-kecoh lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam nada sama, pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad turut mempersoalkan keperluan kerajaan mengiktiraf UEC sedangkan isu tersebut menurutnya hanya melibatkan sebilangan kecil pelajar.

Menurut beliau, data calon UEC bagi tempoh 2021 hingga 2025 menunjukkan secara purata hanya sekitar 2,000 pelajar tidak menduduki SPM setiap tahun, iaitu kurang 20 peratus daripada keseluruhan calon UEC.

“Sebahagian besar mereka yang tidak menduduki SPM memang merancang untuk sambung belajar di luar negara khususnya universiti di Taiwan. Oleh itu, mereka tidak memerlukan sijil SPM.

“Isu UEC hanya membabitkan 2,000 orang sahaja berbanding lebih 400,000 murid lain yang ambil SPM. Faktanya, isu ini hanya melibatkan 0.5 peratus murid sahaja,” katanya.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke beberapa hari lalu menyelar pihak yang menuduh kerajaan cuba menggantikan SPM menerusi pengiktirafan UEC.

Setiausaha Agung DAP itu dipetik berkata, lebih 80 peratus pelajar UEC menduduki peperiksaan SPM termasuk 9,580 daripada 10,944 pelajar pada tahun lepas. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zainul Rijal Abu Bakar/Anuar Ahmad

 

 

Tags: Anthony Loke Siew FookDatuk Zainul Rijal Abu BakarDr. Anuar AhmadIPTApakar pendidikanPengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela)pengiktirafanSPMUEC
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

Tambah Guru, Baiki Tandas Sekolah… Itu Bukan Reformasi Pendidikan – Anuar

Tambah Guru, Baiki Tandas Sekolah… Itu Bukan Reformasi Pendidikan – Anuar

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Tambah guru, baiki tandas, tambah bajet, baiki sekolah daif, buat kurikulum baharu, kurangkan beban tugas guru, buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd