• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

oleh Mynewshub
24/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Raja, Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil di Istanbul Shipyard, Turkiye hari ini.

Ia merupakan Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB2) yang pertama dan memberi penghormatan kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor bagi mengabadikan keberanian, ketabahan dan semangat juang Almarhum.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu kenyataan berkata, kapal berkenaan berasaskan reka bentuk korvet ‘ADA Class’ dibina oleh syarikat kejuruteraan maritim STM di Istanbul, Turkiye dan merupakan aset tempur terkini Tentera Diraja Laut Malaysia (TLDM) untuk operasi pelbagai dimensi.

“Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong disambut mesra oleh Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye, Musa Heybet dan Timbalan Setiausaha Perindustrian Perancangan Strategik, Sekretariat Industri Pertahanan Turkiye, Prof. Ihsan Kaya,” kata kenyataan itu hari ini.

Turut berangkat mengiringi Raja Permaisuri Agong ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim,

Hadir sama.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Abdul Hadi Omar dan Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor.

“Penamaan kapal ini dengan nama Jalil membawa makna yang besar kepada keluarga kami – buat saya dan suami selaku ibu bapa, serta anak-anak kami selaku adik beradik Almarhum. Ia satu penghormatan yang amat kami hargai.

“Semoga kapal ini diberkati dan semua yang berlayar di atasnya akan sentiasa selamat dan dalam perlindungan,” titah Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda turut bertitah, pelancaran kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil membuka lembaran baharu dalam persahabatan lama antara Johor dan Turkiye yang terjalin sejak tahun 1860-an ketika pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Pembinaan LMSB2 ini juga menunjukkan kerjasama strategik yang berkesan antara Malaysia dan Turkiye terutama dalam aspek pemindahan teknologi. – MYNEWSHUB

Tags: Istanbul ShipyardKD Tunku Laksamana Abdul JalilRaja Permaisuri Agong RajaTurkiyeUpacara Penamaan dan Pelancaran KapalZarith Sofiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

Pasangan Turkiye Undang 100 Anak Yatim Ke Majlis Kahwin

Pasangan Turkiye Undang 100 Anak Yatim Ke Majlis Kahwin

04/04/2026
0

Ganti Hadiah Dengan Nilai Kemanusiaan ŞANLIURFA – Tindakan luar biasa sepasang pengantin di Turkiye mencuri perhatian dunia apabila mereka memilih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd