• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

oleh Mynewshub
24/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia 2025/2026 malam tadi.

Meskipun gagal memperoleh kemenangan dalam aksi tersebut, Kuching City FC menegaskan kelab tersebut akan bangkit di masa hadapan.

“Kepada semua penyokong, pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan, petugas dan semua yang bersama kamek urg sepanjang perjalanan tok , terima kasih ‘from the bottom of my heart’. Kami juga minta maaf atas kekalahan ini.

“Perjuangan belum selesai. Kita bangkit semula. Terima kasih dan tahniah kepada JDT,” kata Presiden Kelab Bola Sepak Kuching City FC, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, beliau menegaskan, kekalahan malam tadi bukan pengakhiran yang Kuching City FC impikan, tetapi perjalanan hingga ke pentas final telah membuktikan semangat, pengorbanan dan jiwa besar pasukan itu.

Menurut beliau, dalam bola sepak, kemenangan dan kekalahan adalah sebahagian daripada perjuangan, namun sokongan yang tidak pernah putus daripada semua rakyat Sarawak adalah kemenangan terbesar buat mereka.

Justeru, katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong kerana terus percaya, berdiri bersama dan terus membawa semangat perjuangan Kuching City FC ke mana sahaja.

“Kita mungkin tidak membawa pulang piala kali ini, tetapi kita telah membawa kebanggaan, harapan dan semangat buat seluruh rakyat Sarawak.

“Terimak kasih juak yang berkumpul molah live di seluruh Sarawak, yang datang dari Sarawak dan seluruh Semenanjung ke Bukit Jalil. Kami amat terharu dgn sokongan ktk urg,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fazzrudin Abdul Rahman

Tags: Datuk Fazzrudin Abdul Rahmanpenyokongpermohonan maafPiala MalaysiaPresiden Kelab Bola Sepak Kuching City FCtahniah JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

JDT Cipta Sejarah Julang Piala Malaysia Empat Kali Berturut-Turut

JDT Cipta Sejarah Julang Piala Malaysia Empat Kali Berturut-Turut

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjulang Piala Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd