• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

oleh Mynewshub
24/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan ‘Malaysia aman tanpa DAP’ sangat berbahaya.

Beliau mendakwa kenyataan itu membawa mesej seolah-olah keamanan hanya boleh wujud jika satu kelompok rakyat disingkirkan daripada lanskap politik negara.

Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil langkah membendung doktrin ekstremisme politik kebencian serta ketakutan kaum yang dibawa oleh Pas.

“Itu bukan bahasa perpaduan. Itu bahasa politik ekstrem. Negara ini aman kerana rakyat matang. Bukan kerana ceramah kebencian politik Pas.

“Yang rosakkan perpaduan bukan kepelbagaian kaum, tetapi politik ekstrem Pas yang hidup atas rasa benci,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Mahfuz mendakwa, kenyataan ‘Malaysia boleh aman tanpa DAP’ membuktikan Pas penganut tegar doktrin ekstremisme.

Dakwanya, Pas bercakap soal keharmonian, terapi parti itu terpalit dengan kenyataan ekstrem termasuk penghinaan terhadap tokoh-tokoh besar Islam dan sahabat Nabi.

Ujar beliau, Malaysia tidak akan aman dengan politik menghukum, melabel, membenci, dan menakut-nakutkan rakyat.

Kata beliau, Malaysia aman apabila semua rakyat belajar hidup bersama dalam kerangka Perlembagaan, hormat institusi negara dan menerima kepelbagaian kaum serta agama sebagai kekuatan negara.

“Malaysia tidak perlukan politik kebencian Pas untuk jadi aman,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mahfuz Omar

Tags: berbahayaceramahDatuk Mahfuz OmarKenyataanMalaysia Aman Tanpa DAPNaib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)PASpolitik kebencian
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd