• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi mantan Pengelola Bijaya DiRaja Johor, Brig Jen (B) Dato’ Ali Musa yang kini uzur di kediamannya di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Yang di-Pertuan Agong dilihat berada di sisi Dato’ Ali Musa, 84, dalam suasana penuh sayu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi emosi dalam kalangan netizen.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tersentuh melihat keprihatinan Yang di-Pertuan Agong terhadap insan yang pernah berkhidmat bersama institusi diraja Johor.

Seorang pengguna Facebook, Norman Zza berkata, walaupun baginda dilihat tegas dan garang, namun sebenarnya mempunyai hati yang lembut serta penyayang.

“Daulat Tuanku. Walaupun Tuanku nampak garang dan tegas tetapi Tuanku seorang yang sensitif, lembut hatinya dan penyayang,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Lee Roy pula berpendapat hubungan rapat antara baginda dan Dato’ Ali Musa jelas kelihatan sehingga menyentuh emosi Yang di-Pertuan Agong.

“Semestinya Dato Ali Musa seorang yang sangat rapat dengan YDPA sehingga YDPA mengalirkan air mata. Semoga Dato Ali Musa diberi kesembuhan,” katanya.

Turut menarik perhatian ialah komen daripada Rajes Bala yang menyifatkan momen itu jarang dilihat oleh rakyat.

“Jarang tengok Sultan ni menangis,” katanya ringkas bersama emoji sedih.

.Nur Kasih pula menyifatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai seorang Sultan yang berjiwa lembut, pengasih dan penyayang walaupun tegas dalam memimpin negara.

“Seorang Sultan yang berjiwa lembut, pengasih dan penyayang walaupun zahirnya tegas didalam memegang tampuk negara,” tulisnya.

Sementara itu, Othman Ariffin turut menitipkan doa buat Yang di-Pertuan Agong.

“Daulat Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong. Allah peliharakan Sultan kami,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Bandar Dato’ Onnfotogambarmantan Pengelola Bijaya DiRaja JohorNetizenSultan Ibrahim Sultan IskandarWajah SayuYang di-Pertuan Agongziarah
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Presiden PAS Ziarah Pusara Tun Dr Siti Hasmah

Presiden PAS Ziarah Pusara Tun Dr Siti Hasmah

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sambil...

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd