• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

oleh Mynewshub
21/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perlu difahami dalam kerangka sebenar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang kestabilan negara.

Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, apa yang dizahirkan baginda bukan sekadar mengenai perpaduan orang Melayu semata-mata.

Katanya, ia bagaimana kekuatan Melayu dan Islam perlu menjadi tiang seri kepada kestabilan negara yang turut melindungi kepentingan semua kaum dan agama.

“Patik selaku rakyat Selangor yang setia menjunjung kasih atas titah Tuanku Sultan Selangor mengenai pentingnya rakyat terus kekal bersatu padu demi kestabilan, keharmonian dan masa depan negeri serta negara.

“Titah Tuanku Selangor harus dilihat dalam semangat yang lebih luas iaitu memperkukuhkan perpaduan dan menyatukan masyarakat majmuk Malaysia dalam suasana dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Tengku Zafrul berkata, semua pihak harus memahami dan menginsafi hakikat bahawa dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum tidak boleh dilakukan dengan meminggirkan kaum yang lain.

Dalam pada itu, belia berkata, titah Sultan Selangor bukan suatu campur tangan politik
seperti yang telah diperjelaskan oleh Dewan Di-Raja Selangor sebelum ini.

Menurutnya, ia sebaliknya nasihat, teguran dan pandangan seorang raja yang lahir daripada tanggungjawab untuk memastikan kestabilan negeri, keharmonian masyarakat serta kepentingan rakyat sentiasa terpelihara.

Ujar beliau, dalam tradisi Raja Berperlembagaan, “titah” adalah peringatan yang lahir daripada kebijaksanaan institusi raja. demi kebaikan negeri dan rakyat keseluruhan.

“Ia bukanlah satu “decree” atau perintah seperti yang disalah tafsir oleh segelintir pemimpin politik,” katanya.

Kata beliau, titah Sultan Selangor juga harus dilihat sebagai seruan untuk merapatkan saf rakyat, memperkukuhkan keharmonian dan menjauhkan negeri serta negara daripada budaya politik yang memecah-belahkan masyarakat demi menjayakan agenda sempit.

Justeru, beliau meminta tiada pihak mengambil kesempatan mempolitikkan isu itu sehingga mengeruhkan hubungan antara pemimpin serta menjejaskan keharmonian rakyat di negeri Selangor.

“Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu hari ini dengan cabaran Krisis Tenaga dan Bekalan Global, Malaysia memerlukan politik yang matang, membina keyakinan rakyat dan menjamin kestabilan.

“Tumpuan berterusan harus diberikan kepada usaha memperkukuhkan institusi, mempererat perpaduan dan membina jambatan persefahaman antara kaum.

“Bukannya meniup api perpecahan yang akhirnya membinasa dan memporak-perandakan negara dan bangsa kita sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

 

Tags: kerangka SebenarPenasihat Politik Kanan kepada Perdana MenteriPerpaduanSultan Sharafuddin Idris ShahTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul AzizTitah Sultan Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ekonomi Johor Paling Pesat Sebab Kerajaan BN Johor, Onn Hafiz Tidak Terikat Parti Lain – KJ

Ekonomi Johor Paling Pesat Sebab Kerajaan BN Johor, Onn Hafiz Tidak Terikat Parti Lain – KJ

03/07/2026
0

PONTIAN - Johor mencatatkan pertumbuhan ekonomi lapan peratus iaitu yang paling pesat di Malaysia kerana negeri ini ditadbir sepenuhnya oleh...

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

01/07/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penghargaan (credit) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd