KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ adalah Islam yang membawa keamanan.
Menurut beliau, Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ juga membawa perpaduan dan kasih sayang sesama rakyat.
“Islam Rahmatan Lil ‘Alamin’ yang Amanah perjuangkan adalah Islam yang membawa keamanan, perpaduan dan kasih sayang sesama rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Mohamad berkata, negara ketika ini sering diuji dengan politik kebencian, fitnah dan sentimen perkauman sempit.
Justeru, katanya, Amanah mesti tampil membawa naratif yang menyatukan, bukan memecahkan.
“Malaysia hanya akan terus kuat apabila rakyat pelbagai kaum dan agama hidup dalam suasana saling menghormati.
“Memahami dan bekerjasama demi masa depan negara,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu


