• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

oleh Mynewshub
20/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, pemimpin DAP itu mendakwa sentiasa mematuhi prinsip-prinsip itu dalam setiap tindakannya demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia.

“Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia. Daulat Tuanku,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah sasaran
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada beliau dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew supaya mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor di sini seminggu sekali.

Baginda bertitah demikian supaya Siew Ki dan Ronnie Liu menghayati makna Rukun Negara, menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan Institusi Raja serta menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.

Terdahulu, Siew Ki menegaskan, beliau menjunjung tinggi titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sebagai wakil rakyat, prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi, dan asas utama patik dalam memikul amanah serta berkhidmat untuk seluruh rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wong Siew Ki

Tags: AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembanganrukun negaraSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris ShahTitahWong Siew Ki
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022...

Sultan Ibrahim Titah Kerajaan Johor Jalankan Amanah Dengan Penuh Tanggungjawab

Sultan Ibrahim Titah Kerajaan Johor Jalankan Amanah Dengan Penuh Tanggungjawab

15/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd