KESIANNYA.. seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Perth, Australia mengalami pengalaman menyedihkan apabila terpaksa bersendirian tanpa makan dan minum selama dua hari selama ibunya, Lydia Macdonald, 28, dikesan meninggal dunia secara mengejut dipercayai akibat serangan penyakit asma, baru-baru ini.
Hanya selepas dua hari baru mayat ibunya ditemui oleh datuk Mason yang melawat mereka pada ketika itu.
Bapa Lydia menceritakan dia menemui Mason bersebelahan dengan mayat ibunya.
Kini, kanak-kanak itu dijaga sepenuhnya oleh datuk dan neneknya selepas kematian ibunya.
Sehingga kini pihak polis masih lagi menjalankan proses siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian Lydia. – MYNEWSHUB.CC
10 Months Baby Crying With Emotion When Mother Sings
https://www.youtube.com/watch?v=4o-VplYrqBs

