• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

oleh Mynewshub
20/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu
Share on FacebookShare on Twitter

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan kesungguhan.

Baru-baru ini, saya sempat berbual dengan tiga pekerja asing dari Bangladesh ketika sama-sama menunggu Grab di Bukit Bintang.

Saya tanya sama ada mereka boleh bercakap Melayu. Dua daripada mereka terus menjawab dengan lancar, lalu kami pun berbual mengisi masa sementara menunggu.

Mereka bertiga mahu pulang ke Semenyih selepas berjumpa rakan sekampung yang baru tiba di Malaysia.

Seorang memang sangat fasih berbahasa Melayu. Seorang lagi agak kurang lancar, manakala seorang lagi hanya tersengih.

Yang paling fasih sudah dua tahun bekerja di Malaysia. Yang kurang lancar baru setahun berada di sini, dan seorang lagi baru beberapa bulan.

Saya sempat bertanya di mana belajar bahasa Melayu. Mereka kata mereka sudah belajar sedikit di Bangladesh sebelum datang ke Malaysia.

Namun, penguasaan bahasa mereka semakin baik sepanjang berada di sini.

Kata mereka, susah untuk menjalani kehidupan harian di Malaysia jika tidak tahu bahasa Melayu.

Bekerja di Malaysia memerlukan mereka untuk belajar dan menggunakan bahasa Melayu setiap hari.

Yang menariknya, mereka datang ke Malaysia hanya untuk mencari rezeki, tetapi tetap berusaha memahami bahasa tempatan supaya mudah bergaul dan bekerja.

Sedangkan ada segelintir yang lahir, membesar malah menjadi warga Malaysia, tetapi masih tidak mampu atau tidak mahu bertutur bahasa Melayu dengan baik.

Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa komunikasi, tetapi bahasa kebangsaan yang sepatutnya menyatukan rakyat negara ini.

Kalau warga asing pun boleh belajar demi survival dan hormat kepada negara tempat mereka mencari rezeki, takkan rakyat sendiri masih gagal menguasainya?

Saya rasa tak perlu ulas panjang kenapa saya ceritakan perkara ini. Rasanya kau orang boleh tafsir sendiri.

Maaf, tak sempat tanya nama mereka. Aku panggil semua “Bhai”. Bye bye. – MYNEWSHUB

Tags: Bahasa MelayuBangladeshpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dibenarkan memasuki institusi pengajian...

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan adalah amat penting untuk pemimpin akar umbi mahupun ahli-ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd