• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AC Mizal Pernah Minum Air Paip Ketika Di Zaman Susah

oleh AK-47
13/06/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH berpuluh tahun menghambakan diri dalam industri seni tempatan, akhirnya kesungguhan Dato AC Mizal berjaya menampakkan hasilnya.

Dengan penubuhan stesen radio online, Peace Yall FM, akhirnya semua penat lelah selebriti lelaki ini berbayar.

Berkongsi cerita mengenai zaman sukarnya, jangan tak tahu AC pernah minum air paip sahaja untuk mengalas perut semasa makan tengahari.

Ini disebabkan, dia terpaksa berjimat untuk membayar bil bersalin anak pertamanya bersama Emylia Rosnaida.

Memetik Berita Harian, AC berkongsi cerita, “Setiap kali masa rehat, kawan-kawan ajak keluar makan dan saya akan cakap sudah kenyang. Sedangkan saya hanya meneguk air paip sebab nak kumpul duit untuk bayar bil bersalin. Pada mulanya, doktor beritahu isteri akan bersalin normal, entah macam mana Emylia perlu dibedah.”

“Ketika itu saya memang kusut dan runsing sebab duit hanya cukup untuk menjelaskan bil bersalin normal.

“Saya memang tak ada duit langsung sampaikan terpaksa bagi isteri pakai baju saya. Ini kerana saya tak mampu hendak beli baju kehamilan. Ketika itu, simpanan cuma ada RM1,000 untuk kos bersalin.

“Apabila doktor cakap perlu dibedah, saya memang tak tidur lena sehinggakan terpaksa tidur di bawah katil hospital memikirkan duit. Ini kerana kawan-kawan yang rapat dengan saya semuanya menghilangkan diri,” luahnya lagi.

Berkat kesabarannya, kini AC sudah boleh menarik nafas lega dengan legasi yang dibinanya.

Semoga AC terus sukses dalam kerjaya dan sentiasa merendah diri seiring dengan kejayaan kini. – MYNEWSHUB.CC

Dato’ AC Mizal vs Pitbull kat JoHaRa Pagi ERA

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd