• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

oleh Mynewshub
18/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi satu kenyataan bersama hari ini, kedua-duanya memaklumkan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.

Menurut mereka, keputusan itu dibuat susulan hasrat untuk meneroka agenda politik baharu.

“Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di Parlimen Pandan dan Setiawangsa memandangkan kami dipilih atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum yang lepas,” kata kenyataan itu.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada pengundi di kedua-dua kawasan yang telah memberi kepercayaan kepada mereka selama dua penggal sebagai wakil rakyat.

Dalam pada itu, Rafizi dan Nik Nazmi memaklumkan pusat khidmat masing-masing akan terus beroperasi seperti biasa bagi membantu penduduk setempat.

Kedua-dua mereka juga mengesahkan akan kembali bertanding di Parlimen Pandan dan Setiawangsa atas platform Parti Bersama Malaysia (Bersama) dalam pilihan raya akan datang. – MYNEWSHUB

 

Tags: Bertanding SemulaDatuk Seri Rafizi RamliNik Nazmi Nik AhmadParlimen PandanParlimen SetiawangsaParti Bersamapeletakan jawatanPilihan RayaSURATTan Sri Johari AbdulYang Dipertua Dewan Rakyat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui beliau sering menjadi sasaran pelbagai sindiran dan gelaran seperti 'raja formula', 'merajuk'...

PKR Ada Pencabar Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Umum Ambil Alih Parti Bersama Malaysia

PKR Ada Pencabar Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Umum Ambil Alih Parti Bersama Malaysia

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil alih Parti Bersama Malaysia (MU)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd