• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Moscow: Bapa Bangga Ada Anak Seperti Rajesh

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BARU – Sebelum keadaannya semakin tenat, pelajar tahun akhir jurusan perubatan, Rajesh Kumar telah memanggil ibu, bapa dan neneknya.

“Dia juga menyebut bahawa mahu menumpukan hidupnya untuk kerja kebajikan,” kata bapanya, Krishna Kumar Mohamlal, 52.

Rajesh, 25, merupakan pelajar kedua Malaysia yang maut akibat kebakaran yang berlaku di asrama kampus Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Russia (RNRMU) pada 23 April lalu.

Pada 5 Mei lalu, Nor Atikah Ali, 25, maut akibat komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki.

Rajesh meninggal lebih sebulan selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Moscow akibat komplikasi paru-paru dan jantung.

Mayatnya tiba di sini pada Jumaat dan kemudiannya disemadikan di Tumpat.

Suasana suram menyelubungi kediaman Krishna dimana isterinya, Khailas dan tiga lagi anak mereka dilihat tidak dapat menahan kesedihan.

“Apabila dia memangil kami, saya tidak pernah gembira. Keadaannya bertambah baik pada satu peringkat tetapi hari ini dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” kata Khailas.

Krishna dan Khailas berlepas ke Moscow sebanyak dua kali untuk melawat anak lelaki mereka dengan meluangkan masa selama 15 hari di sana.

“Rajesh dijadualkan pulang ke tanah air pada hujung bulan depan selepas tamat peperiksaannya.

“Impian saya untuk melihatnya menjadi seorang doktor tidak pernah kesampaian tetapi sebagai seorang bapa saya amat berbangga mempunyai anak lelaki sepertinya,” kata Krishna.

Adik bongsu Rajesh, Dimple, seorang pelajar jurusan pergigian di Universiti Padjadjaran, Bandung berkata dia amat rapat dengan Rajesh.

“Abang saya sepatutnya menamatkan pengajian pada Julai tahun depan dan dijangka kembali ke sini untuk menjalani latihannya,” kata Dimple. – mStar Online

 

Tags: doktorkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd