KUALA LUMPUR – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tetap tidak boleh diterima dalam sistem pendidikan nasional apatah untuk memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan perkhidmatan awam walau apa jua alasan.
Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, menerima UEC bererti pengkhianatan kepada Perlembagaan dan dasar negara.
“Negara ini sudah hilang identiti? Perjudikan masa depan demi secebis undi. Kajilah sejarah kenapa pengasas UEC ini ditarik kewarganegaraannya?
“Kamu tak rasa berdosa dan bersalah kah buat semua ini?,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Ridhuan Tee seterusnya berkata, beliau berasa hairan mengapa tidak ramai golongan pendidik dan pensyarah tampil memberi pandangan.
“Yang aku nampak depa (mereka) ini asyik ucap tahniah saja kerja mereka bila ada yang naik pangkat. Dunia..dunia,” sindirnya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Mohd Ridhuan Tee Abdullah


