• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

oleh Mynewshub
15/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)

Menurut beliau, pengalaman aktif dalam gerakan belia dan pertubuhan mahasiswa banyak membentuk jati diri serta perjuangannya sehingga mampu bertahan dalam dunia politik sehingga hari ini.

“Saya tidak fikir saya boleh aktif seperti ini kalau saya tidak terdedah dengan persatuan seperti PKPIM, ABIM dan menjadi Presiden MBM. Hebat.

“Jadi masa saya Presiden MBM, menteri gerun kepada saya. Sekarang Izzat (Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid) jadi Presiden MBM, menteri pun gerun kepada dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di Sendayan, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa golongan belia yang ingin terlibat dalam gerakan perjuangan supaya berpegang kepada prinsip serta keyakinan yang kukuh.

Anwar turut meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencari pendekatan baharu bagi meningkatkan lagi peranan dan penglibatan golongan belia dalam pembangunan negara.

Selain itu, beliau turut mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada MBM bagi memperkukuh badan penyelaras gerakan belia itu.

Menurut beliau, MBM mempunyai peranan
penting dalam menyelaras kegiatan serta menggerakkan persatuan-persatuan belia di bawah naungan KBS.”Jadi tahun ini baiklah, saya setuju tambah jadi RM5 juta keseluruhan. Tambah bawah PMX,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimGerunMajlis Belia MalaysiaMBMMenteriPerdana Menteri
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

LRT3 Komitmen Kerajaan Madani Laksanakan Projek Keperluan Rakyat – PMX Anwar

LRT3 Komitmen Kerajaan Madani Laksanakan Projek Keperluan Rakyat – PMX Anwar

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Madani untuk terus melaksanakan pembangunan yang berteraskan keperluan...

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd