KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan.
Ia susulan pengumuman kerajaan calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi laluan memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
“UEC kini diterima Madani masuk IPTA? Jika benar, hebatlah DAP dalam kerajaan dan bagaimana pula UMNO?,” sindirnya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC diberi laluan memasuki IPTA.
KPT dalam satu kenyataan media berkata, pelajar di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain iaitu dari sekolah swasta dan sekolah tahfiz turut dibuka laluan untuk memasuki IPTA.
“Kenyataan KPT menyebut ‘lepasan tahfiz, UEC kini berpeluang sambung ke IPTA’.
“Apa tujuan cuba selitkan tahfiz bersekali
dengan UEC? Sedangkan tahfiz mengambil peperiksaan SPM. Kita tunggu penjelasan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber info/foto: Akaun media sosial Tan Sri Annuar Musa


