• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

oleh Mynewshub
14/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport bagi sistem Naval Strike Missile (NSM) serta sistem pelancar berkaitannya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantahan itu disampaikan secara terus kepada Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre menerusi perbualan telefon baru-baru ini.

Anwar berkata, Malaysia telah memenuhi setiap obligasi di bawah kontrak berkenaan sejak tahun 2018 secara teliti, setia dan tanpa sebarang pelanggaran.

“Namun Norway dilihat tidak menunjukkan tahap komitmen dan kepercayaan yang sama terhadap Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Beliau menegaskan keputusan tersebut akan memberi kesan besar terhadap kesiapsiagaan operasi pertahanan negara serta program pemodenan Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS).

Menurutnya lagi, tindakan Norway itu juga berpotensi memberi implikasi lebih luas terhadap keseimbangan keselamatan serantau.

“Kontrak yang dimeterai adalah instrumen yang serius dan mengikat. Ia bukan sesuatu yang boleh diperlakukan secara sewenang-wenangnya.

“Jika pembekal pertahanan Eropah merasakan mereka boleh menarik diri daripada kontrak tanpa sebarang implikasi, maka nilai mereka sebagai rakan strategik akan terhakis,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

 

Tags: bantahanDatuk Seri Anwar IbrahimJonas Gahr StøreKapal Tempur Pesisir (LCS)kontraklesen eksportNaval Strike Missile (NSM)PembatalanPerdana MenteriPerdana Menteri Norway
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd