• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka – Takiyuddin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka –  Takiyuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengingatkan semua pimpinan serta ahli parti komponennya supaya tidak membuat sebarang kritikan secara terbuka terhadap mana-mana parti dalam gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang kritikan atau ketidakpuasan hati tidak sepatutnya disuarakan secara semberono sama ada melalui media ataupun saluran lain.

Menurut beliau, setiap isu dalaman perlu disalurkan menerusi saluran rasmi parti masing-masing sebelum dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan secara musyawarah dalam PN.

“Sebarang ketidakpuasan hati haruslah disalurkan kepada saluran parti masing-masing yang kemudiannya akan dibawa, dibincangkan dan diputuskan secara musyawarah di dalam PN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kepimpinan PN ketika ini mahu menumpukan sepenuh usaha terhadap isu-isu lebih besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Katanya, segala masalah dalaman parti akan diuruskan secara dalaman bagi memastikan perpaduan dalam gabungan itu terus kukuh. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Takiyuddin Haji Hassan

Tags: Datuk Seri Takiyuddin HassankritikanParti Komponenperikatan nasionalSetiausaha Agung PN
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Kenyataan PMX Anwar Mengenai Taiwan Cetus Kebimbangan Serius – Takiyuddin

Kenyataan PMX Anwar Mengenai Taiwan Cetus Kebimbangan Serius – Takiyuddin

22/08/2026
0

KUALAU LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri dalam temu bual terbarunya dengan Al Jazeera berkait isu melibatkan China dan Taiwan terutama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd