• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

oleh Mynewshub
12/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian kejar-mengejar sejauh lebih 50 kilometer dari Rembau hingga ke Melaka, malam tadi.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/05/1778590012142-1.mp4

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, suspek yang memandu sebuah Honda City hitam berjaya diberkas di Jalan Bukit Beruang, Melaka hasil kerjasama beberapa unit MPV polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, anggota MPV menerima arahan ke Taman Sedia Raja selepas menerima maklumat sebuah kereta melanggar kenderaan lain sebelum melarikan diri.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/05/1778590065389.mp4

“Anggota MPV terserempak dengan kereta berkenaan dan cuba memberhentikannya, namun suspek enggan memberi kerjasama sebelum memecut ke arah Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek akhirnya berjaya ditahan dengan bantuan anggota ronda Balai Polis Kota serta MPV Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemukan satu beg mengandungi sepaket plastik lutsinar berisi empat pil disyaki dadah jenis ekstasi.

Ujian saringan air kencing turut mendapati wanita terbabit positif dadah jenis amphetamine.

Polis turut menerima laporan kemalangan membabitkan kereta dipandu suspek dengan sebuah van Toyota Hiace dan Perodua Viva di daerah Rembau, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Kaedah LN 166/59.- MYNEWSHUB

Tags: dadahPesara
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd