• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau M40 hanya berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah semata-mata.

Beliau berkata, terdapat keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah sekitar RM13,000 tetapi masih berdepan tekanan kos sara hidup tinggi terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Menurutnya, faktor tanggungan keluarga, kos pendidikan anak-anak serta lokasi tempat tinggal perlu diambil kira sebelum menentukan kedudukan sebenar sesebuah keluarga.

“Hati-hati menafsir kategori T20 atau M40. Pendapatan isi rumah RM13,000 tinggal di bandar seperti KL, anak lima orang masih bersekolah dan universiti boleh jatuh ke M40, bahkan B40.

“Mara ambil kira semua ini sebelum luluskan pembiayaan,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.

Beliau turut memberi contoh pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja sebagai guru dengan pendapatan masing-masing RM6,500 sebulan.

“Bila digabungkan menjadi pendapatan isi rumah RM13,000 tinggal di bandar-bandar besar, anak tiga orang di universiti atau kolej, tiga lagi anak bersekolah. Cuba kira perbelanjaan mereka?” katanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: B40Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiGajiGuruKategoriM40Pendapatan Isi RumahPengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara)T20
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan pihak tertentu mengaitkan cadangan mewujudkan...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd