• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

oleh Mynewshub
12/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Kota Melaka membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong konon DAP Melaka mencipta sejarah menubuhkan cawangan pertama di Kampung Padang Temu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Ketuanya, Datuk Haryaty Hamdzah berkata, DAP sedang cuba menjual naratif konon masyarakat Melayu kini semakin menerima perjuangan DAP sedangkan ada individu terlibat merupakan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) di Padang Temu.

“Ia sengaja dipentaskan seolah-olah berlaku gelombang besar perubahan sokongan politik orang Melayu. Penggunaan wajah dan imej Melayu dalam posting tersebut dilihat sebagai strategi politik untuk ‘mengabsahkan: penerimaan DAP di kawasan tradisi UMNO.

“Kehadiran beberapa individu Melayu tidak sama sekali mewakili suara majoriti masyarakat Melayu Telok Mas yang masih memahami sejarah, pendirian dan agenda politik parti itu.

“Lebih memualkan apabila penubuhan cawangan ini cuba diangkat sebagai satu ‘sejarah besar’ di kawasan majoriti Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Semalam, Poay Tiong mendakwa DAP Melaka mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan cawangan pertama di Kampung Padang Temu Kini yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Pengerusi DAP Melaka itu mendakwa, penubuhan cawangan tersebut membuktikan parti itu kini semakin diterima pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Haryaty namun mengakui DAP telah mewujudkan beberapa cawangan dalam DUN Kesidang.

Beliau menyifatkan ia agenda DAP untuk menembusi kubu tradisi Melayu sedikit demi sedikit melalui permainan persepsi dan propaganda politik.

“UMNO tidak boleh leka. Gerak kerja akar umbi mesti diperkukuhkan bukan retorik. Kawasan Melayu tidak boleh dibiarkan jatuh hanya kerana permainan persepsi yang cuba mengelirukan rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Haryaty Hamdzah

Tags: cawanganDAPDatuk Haryaty HamdzahKampung Padang Temukawasan MelayuKetua Wanita UMNO Kota Melakakhoo poay tiongPengerusi DAP Melaka
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd