• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tahniah Kepada Sahabat Saya Vijay” – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Tahniah Kepada Sahabat Saya Vijay” – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada sahabatnya yang juga pelakon popular India, C Joseph Vijay kerana dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.

Anwar berkata, rakyat Tamil Nadu telah mengamanahkan Vijay dengan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada mana-mana watak yang pernah dibawakan pelakon itu di layar perak.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat saya, Vijay atas pemilihannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.

“Selama bertahun-tahun para peminat setianya menyaksikan beliau menewaskan ahli politik korup dan pelbagai penjahat dalam tempoh tiga jam lazimnya selepas satu waktu rehat singkat,” kata Anwar dalam satu hantaran di media sosial.

Vijay mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu hari ini selepas parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) berjaya memperoleh sokongan majoriti.

Beliau seorang pelakon, penyanyi latar dan ahli politik terkenal dari Tamil Nadu, India dan merupakan antara bintang terbesar industri filem Tamil, sering digelar “Thalapathy” oleh peminatnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kemenangan dan pelantikan Vijay sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu menandakan Oru Viral Puratchi (revolusi satu jari) kini berada di ambang mencipta sejarah.

“Malaysia dan Tamil Nadu berkongsi hubungan sejarah, budaya serta ikatan rakyat dengan rakyat yang mendalam merentasi generasi.

“Saya menantikan kerjasama erat bersama Ketua Menteri Vijay pada tahun-tahun mendatang,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: C Joseph VijayDatuk Seri Anwar IbrahimKetua Menteri Tamil NaduPerdana MenterisahabatTahniah
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

PMX Anwar Jawab Soalan Pelajar Sekolah: Ciri-Ciri Generasi Muda, Perdana Menteri Yang Baik Tidak Boleh Lupa Adab

PMX Anwar Jawab Soalan Pelajar Sekolah: Ciri-Ciri Generasi Muda, Perdana Menteri Yang Baik Tidak Boleh Lupa Adab

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa adab merupakan antara ciri penting yang perlu dimiliki seseorang...

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd