• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejarah Johor ‘Non-Federated Malay States’ – Tunku Mahkota Ismail

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sejarah Johor ‘Non-Federated Malay States’ – Tunku Mahkota Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Hantaran dimuat naik oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Instagram mengenai sejarah Johor sebagai sebahagian daripada ‘Non-Federated Malay States’ mencuri perhatian.

Baginda turut berkongsi penerangan berkaitan kedudukan ‘Non-Federated Malay States’ (negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu) di bawah pentadbiran British suatu ketika dulu.

Menerusi perkongsian itu, baginda menjelaskan bahawa negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu diwujudkan susulan Perjanjian Anglo-Siam 1909.

Ia apabila Siam menyerahkan naungan terhadap Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kepada British, manakala Johor pula mempunyai perjanjian berasingan lebih awal dengan kuasa kolonial tersebut.

Menurut hantaran berkenaan, dalam aspek pentadbiran, setiap negeri mengekalkan Sultan serta kerajaan masing-masing dengan sistem penasihat British berbanding Residen.

Hantaran itu turut menjelaskan keadaan adalah berbeza berbanding Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak berkongsi birokrasi persekutuan atau hasil pendapatan bersama, sekali gus membolehkan mereka kekal lebih bebas.

Hantaran itu turut menyentuh sejarah selepas perang apabila negeri-negeri berkenaan menyertai Malayan Union pada 1946 sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

“Empat negeri utara (Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu) sebelum ini berada di bawah pengaruh Siam (Thai) sehingga tahun 1909, manakala Johor mempunyai hubungan yang unik dan lebih rapat dengan British,” kata hantaran berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: DYAM Tunku Mahkota IsmailNon-Federated Malay StatesPemangku Sultan JohorSejarah Johor
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

Pemangku Sultan Johor Sempurnakan Pengurniaan Darjah Dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim

Pemangku Sultan Johor Sempurnakan Pengurniaan Darjah Dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim

09/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini berangkat ke Majlis Istiadat Kurniaan Pingat sempena Sambutan Ulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd