• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir sungai negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, berdasarkan anggaran semasa, stok pasir di Sungai Pahang berpotensi menjana hasil sekitar RM500 juta.

Menurut beliau, hasil itu boleh dimanfaatkan untuk pelbagai keperluan pembangunan negeri termasuk pembangunan kawasan luar bandar dan perumahan rakyat.

Tambah beliau, hasil eksport pasir sungai boleh juga dimanfaatkan untuk pendidikan, kesihatan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan di bawah program Inisiatif Makmur Pahang.

“Pada masa sama, aktiviti pengorekan pasir yang dilaksanakan secara terkawal turut memberi manfaat kepada aspek pengurusan sungai.

“Membantu mendalamkan sungai, melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko banjir khususnya ketika musim tengkujuh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan semalam menegaskan kerajaan Pahang menyokong titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia selepas Tengku Hassanal menzahirkan rasa kecewa apabila Kerajaan Pusat tidak meluluskan usaha Pahang menambahkan hasil negeri seperti mengeksport pasir sungai.

Baginda bertitah Pahang memiliki sungai yang terpanjang di Semenanjung dan banyak mendapan pasir yang perlu dikeluarkan agar kelancaran pengaliran air sungai berlaku seterusnya mengelakkan banjir

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang sentiasa komited memastikan setiap sumber hasil negeri diurus secara bertanggungjawab, lestari dan memberi pulangan terbaik kepada negeri dan rakyat.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengharapkan agar kelulusan eksport pasir sungai kepada Pahang diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya berharap perkara ini dapat diberi pertimbangan secara positif demi mencari penyelesaian yang terbaik serta memberi manfaat kepada semua pihak khususnya kepada negeri Pahang,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: EKSPORTHasil Negerikerajaan pahangPasir sungaiRM500 jutaTengku Hassanaltengku mahkota pahang
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd