• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

oleh Mynewshub
08/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Fahmi dalam satu kenyataan di media sosial berkata, beliau menyembah maklum laporan terkini penurunan akaun palsu melibatkan kerabat Diraja bagi tempoh Januari hingga April lalu.

“Berdasarkan pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta aduan awam,, sebanyak 15,296 akaun palsu menggunakan nama 26 kerabat Diraja telah dikenal pasti.

“Termasuk yang melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.

“Susulan itu, tindakan permohonan penurunan telah dilaksanakan dan sehingga kini, penyedia platform media sosial telah menurunkan sebanyak 14,750 akaun berkenaan,” katanya.

Fahmi berkata, Sultan Selangor turut disembah maklum berhubung pelaksanaan sistem pengesahan identiti secara elektronik (e-KYC) sebagai langkah memperkukuh perlindungan kanak-kanak dan keluarga dalam persekitaran digital.

Katanya, beliau menjunjung kasih atas pandangan, titah serta nasihat Sultan Selangor berhubung pelbagai isu semasa khususnya berkaitan penyalahgunaan platform dalam talian dan isu 3R (agama, kaum dan institusi Diraja)

“Patik juga mengambil maklum atas kebimbangan dan kegusaran Tuanku terhadap pelbagai isu semasa yang berlegar di media sosial dan kaedah yang digunakan oleh pihak berwajib untuk menanganinya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fahmi Fadzil

Tags: Datuk Fahmi FadzilIstana Bukit KayanganMenghadapMenteri KomunikasiSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris Shah
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Saya Bukan Pergi Depan Angguk, Angguk, Angguk… Saya Perdana Menteri” – PM Anwar

“Saya Bukan Pergi Depan Angguk, Angguk, Angguk… Saya Perdana Menteri” – PM Anwar

23/06/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan hanya sekadar 'angguk-angguk' ketika menghadap sultan atau raja. Menurutnya,...

TMJ Bangkit Projek Johor Tersangkut Sejak 2018, “Jangan Tanya PH” – PM Anwar

TMJ Bangkit Projek Johor Tersangkut Sejak 2018, “Jangan Tanya PH” – PM Anwar

23/06/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail membangkitkan beberapa isu termasuk berkenaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd