• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu susulan kenyataan “full stop” yang dikeluarkan pihak Istana.

Dakwa beliau, kenyataan itu hadir sejurus selepas sidang media oleh jurucakap kerajaan Persekutuan sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju isu berkenaan.

“Mangsa iaitu para penternak babi kini keliru dan juga buntu. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Rakyat juga keliru,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial semalam.

Ronnie mendakwa, situasi itu menjadi ujian sebenar terhadap keberanian dan kebijaksanaan pemimpin kerajaan DAP dan Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam serta Putrajaya.

Dakwanya, pemimpin DAP dan PH mengetahui kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang perlu diambil.

Beliau seterusnya mendakwa, para penternak babi masih berharap kerajaan yang mereka sokong selama ini tidak akan membelakangi mereka.

“Rakyat Selangor dan Malaysia sedang memerhati. Dunia juga sedang memerhati Selangor dan Malaysia,” dakwanya.

Dakwanya lagi, keputusan akhir berhubung kontroversi itu boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada kerajaan PH, malah turut menjejaskan reputasi dan imej negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ronnie Liu Tian Khiew

Tags: Bekas pemimpin DAPBuntuFull StopistanaKeliruKerajaanPenternak BabiPHRonnie Liu Tian Khiewselangor
Share212Tweet133SendShare

Related Posts

PH Minta Rakyat Melaka Tolak Pemikiran Asabiyyah Taksub Perkauman

PH Minta Rakyat Melaka Tolak Pemikiran Asabiyyah Taksub Perkauman

09/11/2026
0

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat Melaka menolak pemikiran Asabiyyah (taksub perkauman) yang membutakan, sebaliknya memilih untuk berpegang kepada...

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - “Ada orang tanya aku, kenapa Dato’ Sri Najib dah bayar denda pun masih tak boleh balik rumah?...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd