• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

oleh Mynewshub
06/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu bertindak sebagai “rubber stamp” atau sekadar formaliti dalam melaksanakan fungsi baginda sebagai sultan.

Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu kenyataan menegaskan, berdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan, Sultan Selangor bertindak sebagai kuasa semak dan imbang terhadap pihak eksekutif bagi memastikan kepentingan rakyat sentiasa terjaga dan terpelihara.

“Ahli-ahli Dewan Diraja yakin Sultan Selangor yang mempunyai pengalaman memerintah selama 25 tahun sebagai Sultan Selangor dan 33 tahun sebagai Raja Muda Selangor amat memahami serta mendalami peranan baginda mengikut undang-undang selaras dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menyangkal pandangan serong dan negatif daripada sebahagian pemimpin politik serta pihak tertentu yang menganggap titah Sultan Selangor sempena Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 pada 20 April 2026 telah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri dan melanggar konsep Raja Berperlembagaan.

Terdahulu, Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menegaskan titah Sultan Selangor adalah selari dengan peranan seorang raja dalam sistem Raja Berperlembagaan, dan “titah” merupakan penggunaan bahasa istana bagi ucapan seorang raja atau sultan yang bermaksud nasihat dalam bahasa standard atau harian.

Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor turut menegaskan titah Sultan adalah bagi memastikan segala tindakan kerajaan negeri bertepatan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, dengan mengambil kira kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

Tegas Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor, dalam konteks negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dikehendaki berunding dengan sultan dalam segala hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Jelas kenyataan itu, rundingan membawa maksud bahawa Sultan Selangor mempunyai hak untuk diberi sembah maklum oleh Menteri Besar mengenai urusan pentadbiran negeri bagi membolehkan baginda mengetahui apa yang berlaku, di samping memberi nasihat sebelum sesuatu keputusan dimuktamadkan.

“Pandangan dan nasihat sultan adalah berdasarkan kepentingan rakyat tanpa dipengaruhi kepentingan politik. Sebarang nasihat, teguran dan peringatan oleh Sultan Selangor merupakan perkara penting daripada seorang raja bagi memastikan pentadbiran negeri dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

“Sultan sering menitikberatkan tindakan yang efektif dan bukan janji-janji kosong dalam menyelesaikan masalah rakyat, bersesuaian dengan peranan baginda sebagai Ketua Negeri,” kata kenyataan itu.

Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor berkata, Sultan Selangor kerap menerima aduan daripada rakyat mengenai masalah seperti banjir, kutipan sampah, jalan berlubang serta pelbagai isu lain yang berkaitan dengan rakyat.

“Aduan-aduan yang disampaikan kepada baginda bukan merupakan surat layang kerana pengadu menyertakan nama, alamat dan nombor telefon bagi membuktikan bahawa mereka benar-benar terdesak dan mahukan baginda menegur kerajaan negeri atas kesulitan yang dihadapi,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: Ahli-ahli Dewan Diraja Selangorkerajaan negeriRubber stampSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris ShahTitah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Titah ‘Full Stop’,  Tiada Penternakan Babi Di Mana-Mana Daerah Di Selangor

Sultan Selangor Titah ‘Full Stop’, Tiada Penternakan Babi Di Mana-Mana Daerah Di Selangor

07/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menegaskan pendirian baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi...

Titah Tunku Mahkota Ismail Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor Perlu Dijunjung – Onn Hafiz

Titah Tunku Mahkota Ismail Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor Perlu Dijunjung – Onn Hafiz

07/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail supaya hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd