• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut Politik Belum Berakhir, UMNO Negeri Sembilan Kekal Hilang Kepercayaan Terhadap Menteri Besar

oleh Mynewshub
06/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kemelut Politik Belum Berakhir, UMNO Negeri Sembilan Kekal Hilang Kepercayaan Terhadap Menteri Besar
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kemelut politik di Negeri Sembilan dilihat masih belum menemui noktah apabila UMNO negeri itu menegaskan pendirian mereka kekal hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor selepas Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun terdahulu dahulu mendakwa kerajaan negeri ini bukan lagi berstatus kerajaan minoriti.

Aminuddin hari ini mendakwa kedudukan kerajaan Negeri Sembilan kembali stabil selepas Majlis Perundingan Pimpinan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) semalam mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

Namun, UMNO Negeri Sembilan dalam kenyataannya menegaskan mereka tetap dengan pendirian yang sama terhadap kepimpinan Menteri Besar.

“UMNO Negeri Sembilan menghormati keputusan pucuk pimpinan untuk kita mengekalkan kerjasama bersama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan seperti mana diputuskan di dalam Biro Politik UMNO Malaysia dan Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan.

“Kami kekal hilang kepercayaan kepada Menteri Besar di atas kegagalan menguruskan krisis terburuk yang pernah berlaku di negeri ini sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Institusi Adat dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Mustapha menegaskan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO akan terus menjalankan tanggungjawab seperti biasa serta memperhebatkan khidmat kepada rakyat.

Dalam masa sama, UMNO Negeri Sembilan berharap isu berkaitan kepimpinan adat dapat diselesaikan secara harmoni mengikut lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta tatacara adat sebenar.

Mereka turut menyeru rakyat agar menghormati proses yang sedang berlangsung dan tidak mengeluarkan kenyataan berunsur provokatif atau menghina institusi adat.

Kenyataan itu menegaskan prinsip “Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah” sebagai asas dalam menangani kemelut yang berlaku. – MYNEWSHUB

 

Tags: belum berakhirDatuk Seri Aminuddin HarunKekal hilang kepercayaankemelut politikkerajaan perpaduanmenteri besarUMNO Negeri Sembilan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya tidak...

UMNO-PH Sepakat Kekalkan Kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan

UMNO-PH Sepakat Kekalkan Kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung hari ini mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd